Pages

14 Mac 2011

Apakah Matlamat Blogger Sebenarnya ?


Setiap orang mempunyai pendirian sendiri, pendapat yang tersendiri, juga matlamat yang ingin ditujui. Ada berbagai-bagai jenis blogger kita di malaysia kini. Apakah yang mereka inginkan sebenarnya? Kategori blogger terbahagi kepada 3 jenis yang berbeza,


1. Intelectual Blogger ( Ilmu Pengetahuan )
Pada awalnya, laman blog diciptakan ialah bertujuan untuk memberi ruang kepada pengguna untuk menjadikan blog ini sebagai ruan pergongsian pengalaman ataupun ilmu yang bermanafaat. Blogger ini lebih dikenali sebagai penulis. 
Mereka menulis dan juga kadangkala, membuka sesi soal jawab sebagai madah untuk disajikan kepada pembaca. Blog jenis ini selalunya tidak lekang dari ilmu yang bermanafaat dan bukan omong kosong. Matlamat mereka ingin menyampaikan ilmu yang berguna pada masyarakat.


2. Personal Blogger ( Diari Peribadi )
Boleh dikatakan, golongan blogger Malaysia majoritinya ialah personal blogger, atau dalam bahasa melayunya ialah blogger persendirian. Dalam kategori blog ini, mereka lebih gemar menulis perihal peribadi mereka untuk dikongsikan bersama-sama pembaca. 
Adakala mereka menulis bermacam-macam cerita, pengalaman, emosi, dan pendapat mereka. Bagi mereka, menulis diari tiada guna jika tiada yang menghargai mereka. Dengan cara ini, mereka dapat meluahkan isihati tampa menyusahkan orang lain. Matlamat mereka ialah mencari keserasian rakan dalam dunia maya.


3. Bisnes Blogger ( Mencari Income )
Melalui blog, seseorang blogger boleh menjana pendapatan yang tinggi, sama ada perniagaan alam maya, ataupun perniagaan secara online. 
Melalui blog, seseorng boleh mencari pendapatan sampingan. Ada juga yagn serius dalam perniagaan seperti ini. Sehinggakan ada yang boleh mengaut keuntungan mencecah 5 angka sebulan. Matlamat mereka ingin mencari untung melalui blog.
Itulah jenis-jenis blogger terdahulu. Tapi kini? sudah ada kategori yang keempat iaitu,


4. Universal Blogger
Ini adalah jiwa blogger yang terkini. Kerana apa saya katakan universal? Kerana status blogger masakini sudah berubah. Mereka boleh dikatakan mempunyai ketiga-tiga ciri blogger. Melalui blog, mereka boleh menyampaikan ilmu, pengalamn, dan ada yang mengiklankan perniagaan yang bermacam-macam.

Mereka boleh mendapat ilmu pengetahuan, perkongsian perasaan, dan juga mendapatkan keuntungan. Jadi, apakah matlamat anda sebagai seorang blogger?

WANG. . ? ?

PERSONAL . . . ? ? 

ILMU . . . ? ?

Di manakah anda?


Sama-samalah kita berblogging, jangan sampai menyalahgunakan kebaikan yang ada.

"Kebaikan yang datang akan membawa balasan yang baik mendatang"

Sekian,

Wassalam.

4 ulasan:

  1. Erm..depends kat blogger nak sampaikan ape kt blog dia..even myself pun kadang2 cerita ape yg jadi seharian..and kadang2 share something yg lain dr cerita seharian...ape2 pun kite kena sentiasa hormat penyampaian blogger..rambut sama hitam hati lain2..hihi..tetibe nk berpepatah plak kt sini kn..

    BalasPadam
  2. hehee.. yuup.. biasalah.. tiada halangan atau permusuhan just meluahkan .. :)
    sy pon macam tu jugak..

    BalasPadam
  3. aku rasa aku lah blogger yang ke-4 tuh!
    kah kah kah..
    kalau dah boleh buat 4 in 1, apa salahnya...keh keh keh

    BalasPadam
  4. Saya personal blogger...hee hee :)

    BalasPadam

Sebarang komen dan cadangan adalah digalakkan. Amatlah dihargai andai anda dapat MEnjadi pengikut sy. Terima kasih. ^_^