Pages

05 Mac 2011

Apa beza Aku dan Saya?



Mesti ada dikalangan bloger baru, atau pon yang lama mungkin mersakan ini bukan isu besar. Akan tetapi bagi saya (cewah "saya" konon) kata ganti nama ini penting dan juga melambang kan sifat atau pun jenis seseorang penulis blog. Selalunya ia sesuai kepada penulis artikel serius. Kadang-kandang aku sendiri pun tak tau mana satu nak pakai (hehehe "aku" pulak daaahh).


1. Saya
Panggilan diri yang dikatakan 'Formal" dan sesuai dikalangan orang yang profesional, nak nampak seperti profesional, ataupun yang sukakan gaya penulisan yang serius. "Saya" menunjukkan gaya bahasa yang sopan dalam sesuatu penulisan. Selalunya penulis sebegini sentiasa menghormati orang lain, dan pandai berkata-kata.

2. Ana
Panggilan diri yang lebih kepada Islamik. Selalunya penulis ini, hnya menulis gener Islamik, atau kadang-kadang mereka ini memang tinggal di negara timur. "ana... hafiz dengan hafizah ada juga yang berbloging untuk dikongsikan ilmu juga". Boleh dikatakan Penulis ini, diketegorikan sebagai alim atau ustaz. "ustaz pon ada blog, jangan main-main".


3. Aku
Panggilan diri yang santai dan bersahaja. Lebih sesuai kepada orang yang pandai berkawan, dan mereka merasakan lebih mudah meluahkan isi hati melaui penulisan. Selalunya penulis ini suka menceritakan kehidupannya, pengalaman, dan lain-lain untuk dikongsi kepada pembaca. Kadangkala mudah dianggap kurang sopan kerana menggunakan "AKU". Akan tetapi pada penulis pula beraggapan, ini lebih mudah untuk disampaikan. "alah macam cakap dengan kawan-kawan jugaklah
Macam niew, ak suke! haha http://fateentherockstar.blogspot.com/



4. Gua
Haaa... yang niew spesis lain macam. Hehheee... yang niew, selalu di pelopori geng-geng otai rockerzz.. Haahhaa.. Diorang selalunya sempoi habis, lawak tak terkate, kadang-kadang mutut leser (maaf hehe), dan yang paling utama, mereka niew antara golongan belia yang aktif! Fuh.. Adakalanya mereka selalu mengutarakan pendapat hati mereka tampa. "gua punya suka la blog gua nka cakap apa2, kalau korang tak suka, prgi jauh2, kalau ok wa syg ko"
(yang niew lebih kurang kat ats niew hehe)

Haa.... ni baru 4 jenis, ada nyak lagi. Tak larat nk tulis semua. Bagi aku, aku suka guna semua yang ada. Ikut juga situasi dan keadaan. Kalau buat artikel serius, fakta, dan berita, selalunya "saya" menjadi pilihan. Kalau artikel yang lebih santai dan sekadar suka-suka, eloknya pakai "aku" mudah nak menyampaikan isi hati niew.

Soo... kome nak pakai yang mana, mana yang selesa.. 1, 2, 3, atau 4?

Terserah kepada tuan punya badan. =)  sekian

"budaya kita, wajah kita"
"budi bahasa budaya kita"

Wassalam.. 

3 ulasan:

  1. suka guna 'aku' sbb rs lebih dkt ngan pembaca.. cewah.. haha, klu 'saya' tu bunyi cam poyos le pulak.. for me la.. :D

    BalasPadam
  2. betol3!!! hehhee.. sokong2.. =) kalau dalam artikel ada lah "saya". tapai kalau bab bomen2 niew.. heeh aku aku, hanh hang.. hehehe senang..

    BalasPadam
  3. Gua itu daripada Bahasa Hokkien, isitu salah satu dialet dripada Bahasa cina. Ia dibawa masuk oleh Golongan Baba-Nyonya.

    BalasPadam

Sebarang komen dan cadangan adalah digalakkan. Amatlah dihargai andai anda dapat MEnjadi pengikut sy. Terima kasih. ^_^