Pages

04 Februari 2011

Jagalah Solat Berjemaah


Aku dahulu sering dilanda bermacam-macam kegagalan. Apabila ku jumpa orang dan meminta nasihat, mereka banyak memberi tips dan nasihat-nasihat yang berguna. Akan tetapi tidak satu pun berjaya. Tetapi ada seorang ustaz pernah berkata pada aku sehingga kini masih segar dalam ingatan ku, "jagalah solat berjemaah, kamu menjaga Allah, Allah menjaga kamu ".  

Sekarang aku sudah mengerti apa yang beliau cuba sampaikan. Ianya kerana,




Dari Abil Abbas Abdullah bin Abbas dia berkata :
“Dahulu aku pernah berada di belakang Rasulullah, lalu beliau bersabda :
“Wahai anak kecil sesungguhnya aku ingin mengajarimu beberapa kata, jagalah Allah, maka pasti Allah menjagamu, jagalah Allah pasti kau akan menjumpai-Nya dihadapanmu. Apabila engkau meminta maka mintalah kepada Allah dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, seandainya suatu umat berkumpul untuk memberikan manfaat kepadamu maka mereka tidak bisa memberi manfaat tersebut kecuali yang telah ditakdirkan Allah untukmu dan apabila mereka berkumpul untuk memadharatkanmu maka mereka tidak bisa memadharatkanmu kecuali dengan apa-apa yang ditakdirkan oleh Allah atasmu, telah di angkat pena dan telah kering tinta” (HR. Tirmidzi, dan dia berkata hadits hasan shohih).
Di dalam riwayat selain Tirmidzi :
“Jagalah Allah maka engkau akan mendapatkan-Nya dihadapanmu, kenalilah Allah di kala senang maka Dia akan mengenalmu di kala susah. Ketahuilah sesungguhnya apa yang tidak menimpamu maka dia tidak akan menimpamu dan apa yang akan menimpamu pasti dia akan menimpamu (tidak akan meleset). Dan ketahuilah bahwa kemenangan bersama kesabaran, kelapangan bersama kesempitan dan setelah kesulitan pasti ada kemudahan.”

Kenapa perlu menjaga Allah? Bukankan Dia mampu menjaga sendiri?  Sedangkan dalam sifat 20 dah diterangkan Qiyamuhu Binafsihi mampu berdiri dengan sendirinya. Yaa.. sebenarnya, Allah SWT mahukan sesuatu yang ikhlas dari hambanya.



Contoh, adakah seronok kamu sendiri yang membuat sesuatu hadiah untuk diri sendiri? 

Sudah pastinya kamu lebih gembira jika ada hadiah yang datang dari orang lain, tambahan pula dia adalah kawan kita sendiri sayang. 



Allah SWT mahukan perhatian dari hambanya, dan memberi ganjaran pada yang sentiasa memperingatinya. 



Contoh, jika anda sendiri sering dihargai, disanjungi, dan selalu diberi hadiah oleh sahabatmu,sudah pasti anda berbesar hati memberi apa saja yang tarmampu pada sahabat anda walau bagaimana cara sekalipun.




Allah SWT tidak meminta harta kekayaan, pangkat ternama, atau apa-apa. Melainkan kasih sayang dari hamba-hambanya. Solat merupakan salah satu kewajipan seluruh muslim agar diikuti. Berjemaah pula salah satu cara ummat Islam bersatu. Andai kita melakukannya. dengan bersungguh-sungguh. Insyallah, Allah akan membantu kita walau besar mana masalah yang dihadapi.  

Justeru itu sama-samalah kita menunaikan kehendak-Nya kalau terasa diri memerlukan bantuan dari-Nya yang tidak terbatas. Allah itu suka memberi, juga suka diminta. Maka mintalah apa-apa saja.



Wallahutaalaalam..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang komen dan cadangan adalah digalakkan. Amatlah dihargai andai anda dapat MEnjadi pengikut sy. Terima kasih. ^_^