Pages

15 Februari 2011

Dia manusia biasa juga kekasih sejati



اللـــــــــهم صل على محمد واّل محمد




Bersempena maulud nabi hari ni saya ingin berkongsi rasa dengan sahabat2 sekalian. Rasulullah SAW adalah seorang yang dikatakan sempurna. Ia dikatakn begitu adalah kerana, beliau seorng manusia yang sempurna tidak lari berbuat silap, dan tidak pula mementingkan diri. Setiap kesilapan, ditegur Allah SWT. melalui teguran itu baginda membetulkannya. 


Dikatakan bahwa baginda menjadi marah kerana sesuatu urusan dunia atau apa-apa yang bertalian dengannya, tetapi apabila baginda melihat kebenaran itu dihinakan, tiada seorang yang dapat melebihi marahnya, sehingga baginda dapat membela kerananya. Baginda tidak pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu untuk kepentingan dirinya, bila mengisyarat diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, dan bila baginda merasa takjub dibalikkan telapak tangannya, dan bila berbicara dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya, dan bila baginda marah baginda terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah, dan bila baginda gembira dipejamkan matanya, kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin.


Nabi bergurau


At-Tirmidhi meriwayatkan:
Seorang perempuan tua merayu kepada Nabi (SAW) memohon kepada Allah untuk membenarkan dia masuk syurga. Nabi (SAW) memberitahu dia yg tiada tempat dlm Syurga untuk perempuan tua. Dia menangis tanpa memahami maksud mendalam kata-kata Nabi itu. Baginda memujuk dia dgn mengatakan dia tidak akan masuk Syurga sebagai perempuan tua; bahkan, dia akan masuk syurga sebagai perempuan muda yang penuh tenaga. Kemudia baginda membaca firman Allah( Kami menjadikan mereka itu satu kejadian yang baru. Dan kami jadikan mereka perawan-perawan yg penuh percintaan, sebaya.) (Al-Waqi`ah: 35-37)

Nabi marah


Seorang sahabat Nabi yang amat miskin datang pada Nabi sambil mengadukan tekanan ekonomi yang dialaminya. Tsa'labah, nama sahabat tersebut, memohon Nabi untuk berdo'a supaya Allah memberikan rezeki yang banyak kepadanya.

Semula Nabi menolak permintaan tersebut sambil menasehati Tsa'labah agar meniru kehidupan Nabi saja. Namun Tsa'labah terus mendesak. Kali ini dia mengemukakan argumen yang sampai kini masih sering kita dengar, "Ya Rasul, bukankah kalau Allah memberikan kekayaan kepadaku, maka aku dapat memberikannya kepada setiap orang."

Nabi kemudian mendo'akan Tsa'labah. Tsa'labah mulai membeli ternak. Ternaknya berkembang pesat, sehingga ia harus membangun peternakan agak jauh dari Madinah. Seperti bisa diduga, setiap hari ia sibuk mengurus ternaknya. Ia tidak dapat lagi menghadiri shalat berjama'ah bersama Rasul di siang hari. Hari-hari selanjutnya, ternaknya semakin banyak, sehingga semakin sibuk pula Tsa'labah mengurusnya. Kini, ia tidak dapat lagi berjama'ah bersama Rasul. Bahkan menghadiri shalat Jum'at dan shalat jenazah pun tak bisa dilakukan lagi.

Ketika turun perintah zakat, Nabi menugaskan dua orang sahabat untuk menarik zakat dari Tsa'labah. Sayang, Tsa'labah menolak mentah-mentah utusan Nabi itu. Ketika utusan Nabi datang hendak melaporkan kasus Tsa'labah ini, Nabi menyambut utusan itu dengan ucapan beliau, "Celakalah Tsa'labah!"

Nabi murka, dan Allah pun murka! Saat itu turunlah QS. At-Taubah : 75-78, "Dan di antara mereka ada yang telah berikrar kepada Allah, "Sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian karuniaNya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami termasuk orang-orang yang shaleh."




Nabi bersifat romantik 

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Aku akan beritahu kamu kemudian. "

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.



Nabi berbuat silap

Salah satu kisah kesilapan terjadi pada suatu hari, itu ketika baginda sedang mengajar agama Islam kepada tokoh-tokoh kaum Quraisy. Tiba-tiba datang seorang buta bernama Ibnu Ummi Maktum, mendekati Rasulullah sambil berkata, “Wahai Rasul Allah, ajarkanlah kepadaku apa yang diajar oleh Allah kepada engkau.”

Kata-kata orang buta itu tidak dilayan oleh Rasulullah. Baginda tidak mempedulikan kata-kata orang buta itu kerana baginda berharap, para pembesar Quraisy itulah yang berkata sedemikian. Pada pendapat baginda, jika orang-orang kenamaan kaum Quraisy itu memeluk Islam, sudah tentu rakyat bawahan akan ikut serta.

Justeru itulah, baginda bertindak tidak mengendahkan permintaan orang buta itu. Sikap baginda itu menyebabkan Allah SWT murka, sehingga Allah menurunkan ayat al-Quran kepada Rasullah. Ayat itu bermaksud supaya baginda menukar sikapnya itu.

Antara maksud firman Allah berkenaan ialah: Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling kerana datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali dia ingin membersihkan dirinya (dari dosa) atau dia ingin mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya. Adapun orang yang merasakan dirinya serba cukup, maka kamu melayannya. Pada hal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan dirinya (beriman). Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran) sedang dia takut kepada Allah, maka kamu mengabaikannya. Sekali-kali jangan (demikian). Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah satu peringatan.” – (Surah ‘Abasa: 1-11).

Selepas turunnya ayat al-Quran itu, Nabi Muhammad telah berubah sikap terhadap Ibnu Ummi Maktum. Setiap kali berjumpa dengan orang buta itu, baginda selalu mengucapkan “Marhaban biman atabani Rabbi” bermaksud ‘Selamat datang untuk orang yang olehnya aku mendapat teguran Allah’.

Justeru itu sama2lah kita menghayatinya.. 

salam  =)


9 ulasan:

  1. Thanks, =)
    but, more nice to HIM.. =) insyallah

    BalasPadam
  2. insaf 56 saat 23 detik..bak kata nesclo..hahaha

    BalasPadam
  3. hahhaaa kejapnyew?? 3 saa1 37 detik lagi pi mana?? sikit lagi nk cukup seminit =D

    BalasPadam
  4. baginda sweet.. renduu.. :')

    BalasPadam
  5. (^_~) ewmm ewmm... selawatlah ke atasnya

    BalasPadam
  6. alhamdulillah...

    insaf! insaf!

    BalasPadam
  7. entry ini menarik :)
    dapat selami peribadi Nabi S.A.W.
    Rasulullah :)

    BalasPadam
  8. wan: hehhee.. syukur3.. =D

    farah: betu2.. ramai yg x kenal betul2 diri-Nye.

    huhu tu kalo ikot haati mau je bagi berderet2 hhehe x larat nak taip daaa

    BalasPadam

Sebarang komen dan cadangan adalah digalakkan. Amatlah dihargai andai anda dapat MEnjadi pengikut sy. Terima kasih. ^_^